Wednesday 10 May 2017

PASUM 16/17

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Memandangkan aku ada masa lapang dan terasa terpanggil untuk memberi pencerahan  kepada bakal pasumnian 17/18 ni memandangkan result upu spm dah makin dekatt..
PASUM:
PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI MALAYA.terletak kat KL kayy.dkt PJ.

course apa yang available???.well ada 3 jenis asasi yang available
1.ASASI SAINS HAYAT
2.ASASI SAINS FIZIKAL
3.ASASI PENGAJIAN ISLAM DAN SAINS
Requirements:

berikut adalah requirement pada tahun 2017
since aku ambik asasi sains hayat so aku akan cerita pasal sn hayat .hahahahah.
what will you learn??
Untuk semester satu dan dua korang akan belajar (This is the repetition from my past entry):
SUBJEK
SEMESTER 1:
1.FJAX0111:ALGEBRA DAN GEOMETRI
2.FJAX0112:KALKULUS
3.FQAH0111:BIOLOGI SEL
4.FQAH 0112:REPRODUCTION,ECOLOGY AND DEVELOPMENT OF ORGANISM
5.FMAX0111:BASIC PHYSICS 1
6.FMAX0112:BASIC PHYSICS 2
7.FKAX0111:BASIC CHEMISTRY 1
8.FKAX0112:BASIC CHEMISTRY 2
9.FB0111:ENGLISH FOR MUET

SEMESTER 2:
1.FJAX0113:ALGEBRA DAN KALKULUS
2.FJAX0114:STATISTICS AND PROBABILITY
3.FQAH0113:PHYSIOLOGY OF ORGANISMS
4.FQAH 0114:GENETICS AND DNA TECHNOLOGY
5.FMAX0113BASIC PHYSICS 3
6.FMAX0114:BASIC PHYSICS 4
7.FKAX0113:BASIC CHEMISTRY 3
8.FKAX0114:BASIC CHEMISTRY 4
9.FB0112:ENGLISH FOR ACADEMIC READING
Jadi subjek ni la yang diajar pada tahun 16/17..utk sesi 17/18  aku dapat maklumat fr my chemist lecturer cakap yg sistem dia lain skit means diorang gabung je subjek tu jadi satu for every sem .contohnya kimia satu dan dua jadi kimia je.so lecture korang kimia sminggu ada dalam 4/5 kali .so tak mustahil satu topik boleh habis dalam masa seminggu je.Bg aku its too fast.Bayangakn topik kimia organik yg biasanya korang belajar untuk 2/3 minggu jadi 1 minggu.fuhhh.ahahaha.tp insha allah lama kelamaan korang blh sesuaikan diri dengan benda tu.Tp aku x pasti lg abt this thing korang kne masuk n nnti face sdiri.ahhahahaha.
 untuk subjek aku cadangkan korang focus more on maths sbb maths WAJIB dikira dalam pointer pasum .maksudnya walaupun bio chem dan physics korang score (dpt A)  kalau maths korang x A pointer korang akan drop maybe dr 4.0 jadi 3.7/3.8 maybe..haa tak ke sedih cmtu.
Korang x perlu risau kalau x faham blh je direct jumpa ngn lecturer diorang sentiasa ada untuk membantu.plus dgn adanya kelas tutorial mmg sangat membantu korang untuk memahami apa yang diajar tu.
KIMIA
Sepanjang aku kat Pasum aku paling suka subjek kimia 2 and 4 sbb tu subjek untuk kimia organik .kebanyakan student paling benci subjek ni sbb bnyk nk kene hafal.Actually kalau dalam lecture fokus aku rasa x perlu hafal sangat pon cume nak kene fahamkan.yg part nak fahamkn tu susah skit .Tp akan ad selalu kawan yg terer yang akan bantu korang just tanya je..For kimia 1 dan 3 tu adalah physical chemistry yang mana korang akan banyak mengira dalam subjek tu.Bg aku physical chemistry ni lg susah sbb melibatkan bnyk prngiraan dan pemahaman konsep..

contoh notes kimia 4 ..

nanti try la buat summary mcm ni sng nk hafal n faham sbb satu compound blh jd banyak reaction yang blh terjadi.n biasanya ada soalan yang sem 1 belajar and sem 2 keluar soalan tu sbb masa sem 2 dia berkait..so be carefull
contoh soalan final kimia organik 2017 huhu.


ni antara tutorial kimia.Tutorial ni mcm soalan yg lecturer bagi pastu kita kne buat and hantar next week dkt tutor(cg yang ajar/bg jawapan tutorial)untuk kimia ada markah tutorial(10) untuk tutorial tertentu means x de lah every week tuto ad markah..tp dia x akan bgthu tutorial yang mana ad markah so buat lah habis baik tiap minggu and check jawapan ngn kawan sblm hantar kat tutor tu haah.Nanti secure la markah korang 10% untuk final..
BIOLOGY
untuk subjek biology basically just perlu BANYAK sangat menghafal plus tiap2 minggu test so mmg korang x de alasan untuk tak hafal mmg kne hafal la kan carry marks kot (10%).Kebanyakan pelajar yg perform masa final tp x dpt A jugak sbb carry marks diorang x cukup .pesanan aku untuk korang jagalah carry marks tu bebaik...nnti menangis xberlagu.huhuhu😂😂😂😂😂.


bio 3:physiology
bio 1 sample exam final question
bio 2 most iconic question.Kbnykn plajar kata soalan ni sangat susah sbb its a bit too KBAT.😂😂😂😂
Antara soalan Final 2017.haaa.jangan terkejut kitaorg buat 4 esei plus jawab section A which cost 32 marks and essay 17 marks each..JAWAB dalam.masa 2 jam shj


contoh test bio .test bio ni every week ye ..10 marks every week.dia alternate..kalau minggu ni tuto bio 1 means test bio 1 n then minggu depan tuto bio 2 test bio 2.so tgk bebetul jadual and tutorial nnti kang tersilap study untuk test lain.hahahah.

antara notes bio 4.yg ni aku download dr spectrum and save lm phone sng kat mana2 pon blh baca.tp untuk lecture aku nasihatkan korang beli yang hardcopy nye dkt kedai sbb sng nnti nk tulis masa lecture..
PHYSICS
untuk physics:not much to say ...Tp SILA HAFAL SEGALA FORMULA YANG DIBERI TUH.seriusly fizik bnyak gila formula i think lebih dari 200++ formula kne hafal untuk sem 1 dan 2 .Fret not sbb nnti korang akan terbiasa gak ngn formula tu sbb fizik ad lab test yg sangat digeruni ..hahahshss.Usually tak tentu test ni nnti jadual akan dikeluarkan.test ni dijalankan 20 minit sebelum bermulanya sesi lab fizik yang tertentu.means dia x de la test tiap minggu macam bio


antara notes physics.lecturer biasanya akan upload notes ni dkat e spectrum .kalau nk sng download je smua.nnti tgh mkn pon smpat tgk😁😁.biasanya lecturer akan bgi notes dalam bentuk slide tp ad certain lecturer x akan bg slide bulat2 .Smua tu depends on lecturer tu..



Antara test physicss ...huhuhu

contoh soalan final physics 2017
MATHS  
Subjek yang paling "digemari" oleh semua pelajar pasum.maths kat pasum ni seriously CORE GILA ..I hated maths since school but since dah masuk pasum so hadap jelah .maths ni formula tak diberi  ye.identiti pon hafal sendiri.for algebra and geometry tu for me is a bit tough yg part geometry yg kira sudut2 proving identity.kekadang prove identity sampai 1 page pon still x dpt jawpn lagi.so mohon bersabar jela wahai adik-adikku.lol.calculus tu yg mcm korang belajar kat skolah yg differentiation /integration things like that..statistics and probability best  bg aku la.sbb subjek tu x perlu hafal formula banyak sangat just hadamkan lecture notes, tutorial and kukuhkan konsep



nampak takk soalanya mostly prove prove yang prove integration tu seriously 1 page lbih...😧😧😧.

soalan final stats and notes stats.
ENGLISH
Sem 1 is preparation for muet .So korang akan diajar cara nk jawab muet n score dalam muet oleh guru-guru bhs inggeris yg sporting dan baik hati...tak stress pon bljr bi ni.slain tu dapat polish english korang gak.MUET ni korang WAJIB ambik untuk masuk degree nanti and untuk lulus PASUM tau.Make sure band 3 above in order nk smbung course science based.
sem 2  english bg aku is a bit boring sbb reading comprehenssion 2 hrs per week.n masa tu la ramai student ponteng .😬😬😬😬.tp yang part presentation tu best sbb dia asah social skill korang and kemahiran korang untk cakap depan org ramai..
BUKU RUJUKAN
Buku rujukan yg biasa pakai adalah buku Comprehenssive college yang ditulis sendiri oleh lecturer pasum.nnti akan ada seller datang buat jualan buku ni.Rm 65++ sebiji.Buku tersebut sangatlah bagus untuk menguji kefahaman kita.tebalnya bak kamus dewan gitu..kalu rasa mahal dan tak mampu x yah beli sbb kat library ada buku tu blh pinjam je.Lagipun nanti lecture notes(nota kuliah) lecturer akan bagi biasanya akan diupload di e spectrum (nanti korang masuk tahu la pebenda ni).nota ni biasanya akan dihantar ke kedai fotostat kat kolej korang untuk diperbanyakkan.PASTIKAN beli ..sbb nota ini akan digunakan semasa kuliah nanti .sng nak refer..
LECTURERS
Smua lecturer pasum mmg terbaikkk dan sngat pakar dalam bidang yang mereka ajar mereka tak pernah lokek nak berkongsi ilmu.Ramai yang berpangkat Dr /Prof madya dan ada seorang Prof kat sini yang ajar fizik.Prof kot..korang kalau nk panggil diorang jgn sesuka je panggil cg ke akak ke.some of them may dislike it..well mcm x beradaplah kan pnggil macam tu.dengar betul2 nama diorang masa diorang sebut spy x silap panggil nanti.Ad jugak lecturer yang tgh ambik phd so korang blh panggil diorang Puan or encik..kalau nk buat appointment dgn diorang blh contact diorang ataupun bgi notis dkt bilik diorang .kebiasannya diorang srh buat cmtu.tp depends on the lecturer.nnti diorang akam bgthu camne nk buat appointment .
NAK DAPAT 4 FLAT !! SUSAH KE?
Nak kata susah tu tak la..tp bukan senang nk dapat 4 flat kat pasum ni secara purata daripada 1000 students dalam 100 lbh je yang dpt 4 flat .Tp kalau korang ada ksungguhan yang tinggi x mustahil korang salah sorang dr yg 100 tu kan..😄😄😄..kalau sem 1 korang tak berapa okay korang kena usaha lebih dalam sem 2 untuk dapat 4 flat...sbb sistem kat PASUM ni kita campur markah dan bukannya gred ..contohnya kalau BIO
sem 1 :68(B+)
sem 2:87(A)
dia akan campur dua dan bahagi dua so korang akan dapat dlm 78 (A).nampak takkk...kalau matriks diorang campur gred n kalau sem 1 x A  plus ngn sem 2 walaupun A still x kan dapat gred A tuh..
so cerah la peluang nk 4 flat kalau berusaha bersungguh2  untuk kedua2 sem and ada harapan la nak 4 flat sem 2 kalau perform.
Actually kalau nk dpt 4 flat buat tutorial n then pahamkan lecture notes dah cukup means x perlu susah2 nk buat rujukan luar.Tutorial paling PENTING.kadang2 Soalan tutorial tu kluar sbijik-sebijik dalam exam tak tukar value pon.nampak tak baiknya lecturer..kalau untuk midsem beli past years dan buat smpai habis..cari jawapan..final usually untuk maths and physics dia x brp nk berkesan sbb soalan sentiasa bertukar tp untuk bio dan kimia sila lah buat past year sbb thun aku sbijik kluar soalan kimia organik tahun 2010 tau..rugikan kalaunx buat past year.Bio tu snagt direkomenkan untuk buat final sbb biasanya lecturer akan ulang2 je soalan.Tutorial bio 50% akan keluar exam.Test pon sama.nk dkt exam nnti tgk balik tutorial smua.seriously rugi gila kalau x refresh balik tutorial.Thts what i did in sem 1 aku ingatkan x kan kluar la soalan tutorial tu dalam final tp mostly mmg soalan tutorial yang kluar.hahahah.tp ad jugaklah soalan lain so pemahaman tu penting.
Alhamdullilah i manage to get 4 flat for my cgpa eventhough my sem 1 cgpa is not 4 flat..Teruskan berusaha and never give up thts the key ..
HUBUNGAN SPIRITUAL
Di samping kita berusaha ni kenalah ingat slalu kat pencipta jangan terlalu leka dengan dunia smpai sembahyang pun tertinggal bagai..Subuh terlajak sbb tido lambat study semalam katanyer..pastu al quran yg bawak tu dibiar berdebu je atas rak buku.kalau rasa susah ingatla kat tuhan cari lah tuhan..dia selalu ada untuk kita.Ramai student yang bila exam je kenal tuhan .bila exam barulah nk cari sejadah .bila exam barulah terkial2 nak mengaji.Tp at least diorang sedar dr tak sedar langsung kan.Bila masuk ke alam universiti ni dah x de sesape dah yang nk kawal hidup korang .korang decide smua benda sendiri.baik buruk  sesuatu perkara korang sendiri yang tentukan .aku pon bknyr ustaz sangat dkt univ tp ingatlah yg wajib buat tu tetap kne buat.okayy..jangan terlalu leka dengan dunia yang fana ini.lol..
MANA NAK PERGI KALAU BOSAN/ MANA NAK KELUAR KALAU WEEKEND
Banyak gila tempat yang korang boleh pergi kalau bosan duk terperap je kat kolej tu.well kampus korang kan kat tengah2 bandar.nih aku senaraikan tempat yang korang boleh pergi kalau bosan melanda
1.Midvalley(5 minit je weih)
2.Bangsar south
3.IOI(tp yg ni jauh gila)
4.Lrt universiti nye mall yang baru bukak tu (KL GATEWAY MALL)kot namanya.yang ni AMAT DEKAT ..depan pintu pagar um .lol...
5.KFC MAHSA
ni jelah tempat yang aku biasa pergi kalau bosan actually banyak lagi tempat yang ada tp bg aku yg ni antara yg best dan dekat ngn u .means x perlu kluar duit banyak untuk transport
 Transport:
1.GRAB/UBER
2.LRT
usually pilihan 1. tu lah yang slalu aku naik well malas nk menunggu lrt bagai.ahahhaha.ala g mid valley Rm 5 je pon naik grab..kalau nk jimat naiklah LRT.naik kat lrt univ dekat ngn u korang.Kan senang skrg ni sbb ade public transport sngla korang nk bergerak.
kalau korang malas yg amat nk bersiap dan pergi ke mall bagai tapi perut dah berkeroncong tahap gaban..bolehla order DOMINO /KFC/MCD.Usually aku order KFC/MCd je .lmaoo .Cepat je smpai dlm 30 minutes tp depend on weather kalau hujan x de service ...so makanlah kat kolej korang tu..
CAFE
kafe kk11 seriously Tiptop .makanan smua sedap dengan harga yang berpatutan .mmg slalu ramai orang.Student degree/master dr kolej lain pon datang makan kat sini tau.huhu.ad kedai western/masakan panas/makanan ala2 arab kedai aisrim n waffle pon hadoo tau...meriah la ktakan.kat area cafe ni ade gak satu kedai serbaneka ..kat situ macam2 ada dh mcm mini mart da..

EXAMS
Sepanjang korang dduk PASUM ni ad 4 exam yang korang akan duduki
1.midsemester 1 exam
2.final semester 1 exam
3.midsemester 2 exam
4.final semester 2 exam
keempat2 exam ni sngat penting untuk kejayaan korang kat pasum ni.Exam ni akan dijalankan di dewan peperiksaan UM.seriously besar gilaa dewan tu..untuk midsem (20%) dan final (60%)which means 80% of your cgpa is done when you sit for the exam...penting kann...masa midsem abc je final subjektif.(mungkin tahun korang pon midsem dia buat subjektif mcm stpm tu hah) since bnyk yg korang akan bljr nnti but i dont no .sbb x de conformation lagi dr pihak pasum.kalau ada apa2 info ill tell you guys later ..masa nk exam ni la korang blh tgk sape yg time exam je study pastu result okay.sape yang tak study asyik layan dota je tp 4 flat.sape yang study siang malam tp hakikatnya bila kluar result barai.youll encounter those ppl .Tp apa2 pon DON'T EVER study last minute sbb nnti x sempat nk cover semua topik .dan ingat study bukan hanya untuk exam tp study untuk ilmu..youll have fun learning apa yang difahami rather than hafal je x tahu apa2.


haa cenggini la cover exam final yang dinanti-nanti.lool.



contoh soalan midsem.huhuhu..ABC je.silalah score ye sbb midsem ni 20%.dhla objektif je tak rasa rugi ke kalau x score.lol...

Final usually 2 hrs utk stiap subjek and midsem 1 hr ...format lain2 untk setiap subjek nnti dah masuk lecturer korang akan brief kalau x paham tanya...

AKTIVITI KOLEJ
Ingat ni bukan sekolah lagi yang mana korang kene pakse pergi aktiviti koko.kat sini smua sendiri.Korang nak join kr tak join ke tu hal korang.Tapi ingat dekat Pasum still ad 10% markah merit yang penting bagi permohonan akan korang isi masa upu degree nanti.Jadi joinlah aktiviti kolej tak susah pon...Kalau x leh jadi Ketua atleast jadilah ajk paling teruk pon jadilah penonton.turunla kalau ada apa2 aktiviti x susah pon diorang buat dalam kolej je.nnti macam2 aktiviti yang akan dijalankan best2 pulak tu..Tp jgnla join smua .tu tamak namanyaaa.hahahah.takla ..kadang2 x sempat nk study kalau korang join smua.join tu ikut kemampuan la .jangan koko je top tp akademik kelaut.mesti seimbang la dua2tu yerk.Nanti kalau korang nk jd Ajk JKP akan buat interview untuk pemilihan so allert2 la skit ...

aku rasa tu je kot nk bgthu.Diharapkan post ini mrmbantu hadek2 sekalian .hahaha.kalau ad apa2 soalan blh tanya kat ruangan comment.ill try my best to answer .okay.Goodluck for upu smua..😊😊😊😊
 adios~